my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

besday iris

Lilypie Second Birthday tickers

26 September, 2011

miss u mom..


Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
... ...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

p/s: copy from hariz hadzari.. thx bro.. mmg sedey baca nie.. :'(

23 September, 2011

blog sy dapat title la.. :)



wahh!! blog sy dpt title ' Group Cute Blogger' la.. hehehee..
thx yer adik 'Aimie diyanna'.

nie sume gara2 sy join ' SEGMENT XX-TRA FOLLOWERS'
:D

ok la tuekan drpd x dpt title lgsung. huhuu.. walhal, blog nie x baper best sgt pun. xda pape yg menarik, just sy buat cam diari kehidupan sy jer.. :)
tak lupa juga kpd mama D yg byk mmbantu & mmberi tunjuk ajar pd sy pasal blogger nie..
thx kak..
mmuaahhh2. :D


p/s: akhirnya settle gak sume keje2 sy yg agak tension dlm minggu nie yer..
masuk jer keje td, sharp2 kul 8.30 terus wat keje tue smpai la nk blk td dlm kul 5 lebih baru habis sume keje, baru tenang & senang rsa hati nie.. igtkan arini blk lewat dah.. huhu.
seb baik sume sempat, klu x mam besarrr confirm ngamuknyer.. :P

peace!!!


22 September, 2011

nasib badan...








arini keje rasa cam nk juling mata coz dr pagi smpai la nk blk asyik duk mengadap pc jer.
mengosss la dorang dh tukar kod kfc, menyusahkan sy la plak kan.. dah nk kena check database dr bulan januari until ogos.. aduh!!! pening dah.. seb baik x spero mata nie. huhu..
arini baru sempat wat bulan jan & feb. aduh.. tue pun mkn masa 1 hari tau!!!
tensionnyerrr.... :O

selalu duk opis lepak2 jer, tggu col masuk.. mggu nie nk keje cam apa dah.
smpaikan akak2 kat opis tue siap perli lg.. amboi cik ila kita nie busy bebenor, klu x selalunya sy la yg paling kecoh sekali kat opis selain dr kacau dorang sume wat keje.. huhu.. dah nasib badan.

anyway, bukannya selalu pun kan. sekali sekala busy ok gak.. hehehee..
tp x mo tiap2 mggu cam gini.. x suka tau!!! dah berkerut kening asyik duk ngadap pc jer selama 8 jam bekerja.. nasib baik pc tue x leh brcakap.. klu x, dah lama die kata bosan la tgk muka ko nie lama2. hahaahaha.. :)

pppssssttt... (klu sapa x paham sila jgn baca yer)- luahan hati saja lerr..
bahasa ibunda

:D


sero nk maroh ore jo arini sebak, banyok do'oh etek kijo.. sakit ati sungguh la weii!! doh la keno maroh nga bohh td.. :(

arini make nasi banyok la, sero bucit perut2 nie. hahahaa..
lagu nie nk diet?? koya sungguh la mek la kito nie.. huhuhh..
:P-----

sero nok kecek kelate la plok!!!



:'(..


sila sediakan tissue pabila anda membaca note nie yer.. & sy harap sy dpt menyayangi kedua2 org tue sy sampai bile2.. sedeynya baca note nie, smpai nk menitis air mata.

diorang x punyai hati & perasaan ke??


' MANA MAK'



Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


19 September, 2011

makeup gurl.. :D



opsss!! citer nie dh basi la, tp baru skrg nk bercerita bagai la kan.. hehehe. 2 mggu lepas sy jadi model bidan terjun utk kawan sy yg amik class makeup. pastu tup2 die ada mesej sy utk ditouch upkan..hehee.. sy apa lagik, terus bagi green light kat die coz sy sememangnya free sgt2 la waktu tue.. dah rumah kami dekat2 jer, pastu boutique auntie die pun dekat2 ngan area cni jer.. senang sgt la kami nk berjumpa.. dah la waktu tue mr.papa keje halfday, terpaksa la tggu die blk keje dlu.. huhuu.. :D


ok!!! gini la jadinyer kami waktu kejadian.. :)



<




<




<




<








nie muka sy sebelum dimakeup yer, agak nampak la segala jerawat, liang2 roma & seangkatan dgnnya yer.. hehehe..



<




<







ha nie masa kwn sy tgh makeupkan.. amacam?? ada mcm seorang makeup yg profesional x??
hehehee

anyway, nie kali ke-3 die makeupkan org.. agak ganjal ckit la, smbil diperhatikan oleh auntienya yg dah sememangnya pro coz selalu makeup kan artis2.. :)

ha!! nie la hasilnya...


<




<





<





jgn tenung lama2 yer, nnti hilang serinya.. hahhaa..
:P


*








di sebelah kanan nie la kawan sy - Nur Shariani Sharifuddin.
sgt sempoi, cantik, ramah & baik hati orgnya.. skrg die dah tak bekerja ngan KFC Holdings lagi coz nk bantu auntienya dlm bisnes andaman nie.

so, klu ada sapa2 nk kawen, tunang @ apa2 majlis & memerlukan makeup gurl.. blh la berjumpa ngan cik shariani kita nie di Zelloen Sri Andaman.. hehehe..
ooppsss!! kami semua paggil die ' Chea'..

ppssttt...chea, pasni klu nk makeupkan kita lagi roger2 lah yer.. huhu
kan ko kata nk makeup kan artis ' RAJA FARAH' nie.. heheheh. ramai yg puji solekan ko aritu.. so, nnti klu aku panggil ko utk makeupkan, jgn la caj mahal2 tau!! huhuu..
:P


berita gumbiraaa... :D



owh!! ada berita gembira la.. ma ada kat triang umah akk. so, maybe next week kami blk ke sana jumpa ma. dah lama x rasa air tgn ma. winduu sesangatt!!

kami semua rancang nk suh ma buat laksa kelate, tiba2 ngidam lakkan. mengalahkan org pregnant la pulakk..hehee..

tp mmg ada org yg ngidam pun, sapa lg klu bukan my kakak yg sggup suh ma dtg ke triang semata2 nk mkn laksa air tgn ma. huhuu.. ma pun apa lg sanggup dtg dr jauh semata2 nk tunaikan permintaan anaknya tue.. klu x disebabkan ada baby dlm peyutt yg teringin mkn tue, maybe ma terpikir 2,3 kali nk dtg sana.. hehehee..

anyway, congrates yer kak.. makin bertambah la anak buah cik la nnti.
so, wet raya cik la pun makin bertambah jugak la yg nk kena standby yerr... kekeke.
ekceli, berita gembira nie dh lama kami semua tahu msa sebelum raya lg.

skrg akak dh mabuk2 teruk, cian die selalu ngadu kat sy, dah x larat asyik muntah2 jer..huhu..
smpai kena panggil 2 org indon utk kemaskan rumahnya yg agak tak teratur tue.
dah x blh nk wat keje lgsung skrg.. ciannyer...

ppssttt: kak,nnti cari bibik la senang ckit ada org tolong kemaskn umah. hehee.
jaga diri & baby leklok yer, jgn asyik nk mc jer.. camana nk wat open house klu cam gini!!

:D

anda percaya ke??








adoiiiii pening lorrr..
nk kena jadi leader ke??
utk netball nnti..
isshhh!!!
malasnyer....
nk wat camana coz
big boss dh tahu lor
sy wakil sekolah dlu..
huhuuu..
anyway kena redah jugak la gamaknyer...
:(

dh lama tak mengeluarkan peluh..
tp mood malas nk main..

training dance ari rabu nnti kat sunway pyramid, smbil
big boss belanja main bowling kat sana..
adooiiyaaii..

dh la perlawanan tue lg 2 minggu jer..
mm.. nk kena practise nie, dh lama x pegang bola netball..
huhuuu..

GOOD LUCK FOR MY TEAM!!!

:P