my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

besday iris

Lilypie Second Birthday tickers

24 September, 2010

LUAHAN HATI SEORANG MAMA





Sayang, mama sgt menyayangimu lebih drpd nyawa mama sendiri, yg mama kandungkan slama 9 bln meniti hari demi hari supaya mama dpt melindungi anak yg mama kandungkan ini dan berdoa kpd yg maha esa supaya memberi seribu rahmat dan kebahagiaan kpd kami sekeluarga.... sayanglah, permata dan intan bagi mama dan papa. tidak dapat diucapkan dgn kata-kata. siang dan malam mama papa sanggup bersengkang mata untuk memastikan anak mama nie selesa dan dilindungi dari gigitan nyamuk. actually kat cni mama nak luahkan perasaan mama ketika ini yg sangat risau psl sayang mama nie..mama terpikir sapa la yg dpt menjaga dan mendidik anak mama nie supaya menjadi insan yg berguna satu hari nanti.. mama sebenarnya kurang kepercayaan kpd org lain utk menjaga syg, melainkan keluarga dan sanak saudara sendiri. mama terpikir jugak utk brhenti keje nk jaga sepenuhnya anak mama nie drpd bagi org lain jaga. tp..biasa la sayang duduk di kl nie, mana ckup klu papa keje sorang jer. alhamdulillah mama bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang nie dan dapat mencari rezeki yg halal.. ramai lagi di luar sana yg hidup dlm kesusahan " kais pagi, mkn pagi, kais ptg, mkn petang." cuma satu saja mama hairan kenapa la perkara nie terjadi di ats dunia nie.. apa nak jadi dgn dunia skrg?? haruskah ada sikap mcm binatang!!! kenapa la org diluar sana sanggup MEMBUANG ANAK?? sedangkan anak itulah nyawa, jiwa, dan raga kita..astaqfirrullahhalazim (beristifar byk2) wlupun korang dah buat dosa tp tolonglah....jgn tambahkan lg dosa tue, dgn membuang anak yg yang tak bersalah tue ke merata tempat. klu yer pun tak nak jaga bayi itu, hantarlah mereka ke tempat yg blh memberi perlindungan dan pendidikan kpd mereka kelak.. kenapalah mereka tak sayangkan anak itu?? padahal itu adalah darah daging mereka sendiri. sedangkan ramai lagi orang2 di luar sana yg menginginkan zuriat mereka sendiri.tapi itu semua adalah ketentuan ilahi. kita harus sabar dan terus berdoa supaya memberikan kita zuriat yg soleh dan solehah.. sekarang barulah mama faham mcmana mama dibesar oleh nenek dahulu betullah pepatah melayu berkata: " syurga itu dibawah telapak kaki ibu." ma, terima kasih banyak2 kerana selama ini bersusah payah membesarkan anakmu ini. tak terbalas jasamu dari anakmu ini selain daripada doa buat kamu................" ya allah, ya tuhanku kau lindungilah kedua org tuaku dan kau berkatilah mereka sebagaimana kau melindungi adam dan hawa.. kau berikanlah kebahagiaan dan seribu rahmat kpd mereka supaya ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman. amin.. ya rabbal alamin..

inilah luahan hati seorang ibu, kepada anakandanya yg tercinta, supaya anakanda menjadi insan yg berguna dan menjadi anak yg soleh dan solehah..amin!!! ( untuk tatapan anakanda kelak) mama dan papa sayangkan kamu sooo much...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan