Nur Iris Arissa Rania
Manusia kata tangan yang menghayun buaian biasa dpt menggoncang dunia. Tapi sy tewas dalam menghayun buaianku sendiri. tahun lepas rumah batu beratapkan zink ini telah menyambut kelahiran seorang bayi perempuan.. heehee..
Melewati beberapa detik, kesakitan yang dialami hilang bila suara si kecil kedengaran. Melantun ke setiap dinding. Menyerakkan warna bahagia. Gembira pada wajah suami sy memercik ke seluruh alam. Saat yang kami tunggu.
Kelahiran insan terpilih. Umurnya sehari cuma bila pertama kali menyusuinya, kemudian memasuki dua hari seterusnya mencecah 1 tahun. Hadirnya dia membawa bahagia pada kami. sy rasa kami adalah keluarga paling bahagia dan sempurna. Saat dia minta untuk disusukan, sy telah berkata padanya, “ Mama halalkan susu ini buatmu sayang.”
Dia merangkak dan bertatih kemudian sy ajar dia menyebut mama dan papa. Pertama kali dia memanggilku dengan gelaran itu sy dapat rasakan betapa bahagianya menjadi seorang ibu. Sy ajarkan padanya juga nama-nama benda. Huruf-huruf. Hingga dia akhirnya berkata-kata.Sekelip mata dia membesar di depan kami..
Semua itu adalah demi sebuah kehidupan. Dia seorang penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Sejak Iris hadir kerjanya bertambah lagi.. Gelaran isteri padaku bukan satu kongkongan. Malah ia melatih diri menjadi wanita sempurna. Sy bahagia dengan kehidupan ini. Terlalu indah bila melaluinya. Ia ibarat bianglala yang menghiasi langit selepas gerimis pulang. Selaut derita pun akan hilang tatkala setitik bahagia bertemu..
P/S: ceewahh!! tiba2 nk berjiwang lak dipetang hari nie.. hehehe.. :)
tiba2 terasa sayu lak bila membuat entry nie sambil diiringi muzik yg amat sy sukai.. coretan nie adalah utk si kecil kami 'IRIS'..
semoga satu hari nnti dia dpt menjadi seorang ank yg solehah serta mnjadi ank yang berbudi pekerti.. disamping dpt mmbantu mama & papa suatu hari nnti.... insyaallah..
comelnye anak akak waktu kecik...
BalasPadamthx dear... klu x slh akk, masa nioe iris naru umur 2 bln.. hhuuuhu.. :)
BalasPadam