sumber google
saya hampir terlupa mggu nie adalah hari ibu.. selamat hari ibu sy ucapkan kpd ma, mak & semua kaum ibu dimuka bumi ini.. tak lupa juga kepada saya sendiri yg telah menjadi seorang mama dh nk dekat 1 tahun.. :)
nie la luahan hati saya sebagai seorang anak, mama, cucu, auntie, menantu, & dan juga seorang insan yang telah diberi peluang oleh Yang Maha Esa utk merasai nikmat hidup di dunia & akhirat..:)
KASIH ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Ungkapan itu memang ada kebenarannya.
Siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan, tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan, mendodoi dan memelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.
Bahkan, dalam semua agama meletakkan ibu sebagai insan mulia yang harus disanjungi. Dalam Islam sendiri, ibu diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga Rasulullah SAW menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu ditaati selepas baginda.Ini kerana membahagiakan hati seorang ibu adalah tuntutan terpuji.
Walaupun seorang ibu tidak pernah mengharapkan balasan, namun apa salahnya mengejutkannya dengan hadiah yang tidak boleh dilupakan pada hari tersebut.
Hari Ibu kalau dilihat secara lebih luas sebenarnya lebih sekadar peranan anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibunya. :)
drpd anakanda & juga menantu mu.. -ILA-
* SELAMAT HARI IBU *
selamat hari ibu kak...walaupun muda tapi gelaran ibu sgt bermakna bagi wanita
BalasPadam